Suasana penuh kesyukuran menyinari Hotel Grand Barakah Ampang dengan kehadiran Rumah Raudhatul Al-Faeez, @raudhatulalfaeez Pertubuhan Rahoma Darul Fakir, dan para penerima biasiswa All-Star Bestari Scholarship dalam majlis Imarah Ramadan Yayasan Axiata pada 19 Mac lalu.
Program ini dianjurkan untuk menyemarakkan keprihatinan dalam bulan penuh keberkatan dengan berkongsi rezeki dan menceriakan golongan yang memerlukan menerusi aktiviti, sumbangan ikhlas, serta jamuan berbuka puasa disediakan khas buat mereka.
Setelah berbuka puasa, para tetamu bersama-sama menunaikan solat Maghrib, Isyak, dan Tarawih secara berjemaah, memperkukuh kebersamaan serta menyinari malam Ramadan dengan ibadah yang penuh keberkatan.
Menurut Ketua Pegawai Eksekutif Yayasan Axiata, Encik Kamal Nawawi, program ini bukan sekadar satu inisiatif kebajikan, tetapi juga usaha untuk mengeratkan hubungan antara masyarakat. “Kami amat bersyukur dengan kehadiran anak-anak dari Rumah Raudhatul Al-Faeez, Rumah Rahoma Darul Fakir, dan penerima biasiswa cemerlang Yayasan Axiata. Kehadiran mereka menghidupkan majlis ini dan mengingatkan kita akan nilai kasih sayang, kepedulian, serta ukhuwah yang menjadi nadi kepada setiap usaha kami di Yayasan Axiata.”
Sepanjang majlis, kegembiraan jelas terpancar di wajah para tetamu yang hadir. Keberkatan Ramadan bukan hanya dalam ibadah, tetapi juga dalam memberi dan berkongsi kebahagiaan dengan mereka yang memerlukan.
#ImarahRamadan #RamadanKareem #YayasanAxiata #FoundationforAdvancement