Program Penanaman 2,000 pokok bakau yang dianjurkan oleh IPSAS, UPM dengan kerjasama Yayasan Axiata melibatkan 90 peserta dalam kalangan belia komuniti tempatan dengan kerjasama strategik oleh agensi kerajaan
KLANG – Universiti Putra Malaysia (UPM) melalui Institut Pengajian Sains Sosial (IPSAS) menanam 2,000 pokok bakau di Pulau Ketam, dekat sini, baru-baru ini.
Program Penanaman 2,000 Pokok Bakau dengan kerjasama Yayasan Axiata itu menyokong visi Kesihatan Planet sejajar dengan Matlamat Pembangunan Lestari (SDG) oleh UPM bagi manfaat masyarakat.