Yayasan Axiata Sumbang RM1 Juta Bantuan Pendidikan Pelajar Kurang Berkemampuan

Pengerusi Majlis Amanah Rakyat (MARA), Datuk Dr Asyraf Wajdi Dusuki (tengah) bergambar bersama penerima dan ibu bapa yang hadir pada program Back To School Yayasan Axiata 2025 dengan kerjasama Yayasan Pelajaran Mara (YPM) di Dewan Serbaguna Majlis Daerah Gerik. Turut sama, Ketua Pegawai Eksekutif, Yayasan Axiata Mohamad Kamal Nawawi dan Pengerusi Jawatankuasa Pembangunan Wanita, Keluarga, Kebajikan Masyarakat, Pembangunan Usahawan dan Koperasi negeri, Datuk Salbiah Mohamed.

 

KLANG, 27 Januari - Kajian mendapati Pulau Ketam di Selangor berpotensi menerima impak besar akibat kenaikan paras laut menjelang tahun 2100, menjadikannya kawasan kritikal yang memerlukan langkah pemuliharaan segera.


Ketua Laboratori Fakulti Perubatan dan Sains Kesihatan Universiti Putra Malaysia (UPM), Prof. Madya Dr. Haliza Abdul Rahman yang juga Ketua Program Penanaman 2,000 Pokok Bakau di Pulau Ketam menegaskan pokok bakau dapat bertindak sebagai benteng semula jadi untuk menebat kesan kenaikan paras laut secara minimum.


Program tersebut dianjurkan oleh UPM melalui Institut Pengajian Sains Sosial (IPSAS) dengan kerjasama Yayasan Axiata sebagai usaha menangani isu kelestarian alam sekitar sejajar dengan visi Kesihatan Planet.


Timbalan Naib Canselor (Jaringan Industri dan Masyarakat) UPM, Prof. Dr. Ir. B.T. Hang Tuah Baharudin berkata inisiatif itu juga mendidik generasi muda mengenai kepentingan hutan paya bakau sebagai nurseri ekosistem akuatik dan sumber makanan negara.


Tambah beliau, program berkenaan turut menyokong Kempen Penanaman 100 Juta Pokok oleh Kementerian Sumber Asli dan Kelestarian Alam (NRES).


Dalam fasa pertama, sebanyak 1,000 pokok bakau telah ditanam dengan fasa kedua melibatkan penyertaan 50 pelajar sekolah di Pulau Ketam sebagai duta untuk memantau pokok-pokok tersebut.


Fasa ketiga pula akan menyaksikan penanaman tambahan 1,000 pokok dengan penglibatan belia, pertubuhan bukan kerajaan (NGO) dan agensi seperti Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) serta Polis Diraja Malaysia (PDRM).

 

Program tersebut melambangkan komitmen UPM terhadap agenda kelestarian alam sekitar dan menyatukan masyarakat tempatan, penyelidik serta agensi kerajaan dalam menangani cabaran perubahan iklim.

 

-- BERNAMA

Tags: Education