Notis Privasi
Axiata Group Berhad dan ahli-ahli kumpulan syarikatnya di Malaysia seperti yang disenaraikan
dalam Lampiran A (dirujuk bersama dan/atau secara individu sebagai "Axiata" atau "kami") adalah komited
untuk
melindungi data peribadi pelanggan perniagaan, rakan kongsi perniagaan dan pembekal, pelawat, pemohon, calon
dan
benefisiari Yayasan Axiata atau programnya dan data peribadi individu yang bekerja untuk, atau bertindak
bagi
pihak pelanggan perniagaan, rakan kongsi perniagaan kami, pembekal dan/atau pemohon, calon dan benefisiari
(secara kolektif, “subjek data”) yang telah diberikan kepada kami. Di Axiata, kami memandang serius
berkenaan
privasi dan semua aktiviti kami disokong berdasarkan prinsip T.R.U.S.T. kami yang bersifat
telus (Transparent), menghormati hak (Rights) anda, semasa kami menggunakan (Use)
data peribadi anda, melalui amalan keselamatan (Security) siber yang kukuh dan kami menggunakan
kecermatan yang sewajarnya apabila pemindahan (Transfer) data diperlukan. Dalam notis privasi
(“Notis
Privasi”) ini, semua rujukan kepada 'data peribadi' hendaklah termasuk 'data peribadi sensitif'.
Notis Privasi ini menerangkan apa dan bagaimana data peribadi dikumpul dan diproses (seperti
yang didefinisikan dalam Akta Perlindungan Data Peribadi 2010 dan/atau undang-undang lain yang berkenaan),
bagi
maksud apa ia dikumpul dan diproses lebih lanjut oleh kami, sumber (jika ada) data peribadi, kepada siapa
data
peribadi didedahkan dan bagaimana untuk mengakses dan mengemaskini data peribadi anda dan ke mana anda harus
rujuk untuk mendapatkan maklumat lanjut berkenaan data peribadi tersebut.
Sekiranya anda memberikan kami data peribadi individu lain, dengan ini anda menjelaskan
bahawa anda telah mendapatkan kebenaran daripada individu tersebut sebelum memberikan data peribadi mereka
kepada kami. Rujukan terhadap ‘data peribadi anda’ di dalam Notis Privasi ini juga termasuk data peribadi
individu itu yang anda berikan kepada kami.
Sekiranya terdapat percanggahan antara versi Bahasa Melayu dan Bahasa Inggeris Notis Privasi
ini, versi Bahasa Inggeris akan diguna pakai.
Maklumat berkenaan kanak-kanak
Sekiranya anda di bawah umur 18 tahun, anda dikehendaki mendapatkan kebenaran ibu bapa anda,
penjaga atau individu yang mempunyai tanggungjawab ibu bapa ke atas anda sebelum menghantar data peribadi
anda
kepada kami (contohnya, nama, alamat dan alamat e-mel anda).
Apakah jenis data peribadi yang kami kumpul?
Jenis-jenis data peribadi yang kami kumpul atau dapatkan berbeza mengikut bentuk hubungan
kami dengan subjek data dan termasuk perkara-perkara berikut:
A. Untuk Pelanggan Perniagaan
- maklumat kontak (seperti nama, alamat, alamat e-mel dan nombor telefon)
- maklumat perbankan (seperti debit langsung, transaksi perbankan dan pembayaran bil berkaitan)
B. Untuk Rakan Kongsi Perniagaan dan Pembekal
- maklumat kontak (seperti nama, alamat, alamat e-mel dan nombor telefon)
- maklumat pengenalan diri (seperti nombor kad pengenalan, nombor passport, nombor pendaftaran cukai,
nombor keselamatan sosial, lesen memandu, tarikh lahir)
- maklumat perniagaan (seperti nama organisasi, nama jawatan, jabatan, alamat perniagaan struktur
organisasi, pegangan saham, kepengarahan)
- mana-mana rakaman yang diambil melalui platform komunikasi kami (seperti rakaman telefon, Microsoft
Teams, Zoom dan sebagainya)
- maklumat yang terkandung dalam dokumen pendaftaran perniagaan, dokumen usaha wajar pihak ketiga,
rujukan
perdagangan dan semakan kredit
- maklumat kewangan termasuk maklumat akaun perbankan dan penyata akaun perbankan
C. Untuk Pelawat ke mana-mana Premis atau Acara Kami
- maklumat kontak (seperti nama, alamat, alamat e-mel dan nombor telefon)
- maklumat pengenalan diri (seperti nombor kad pengenalan, nombor pasport dan sebagainya)
- maklumat perniagaan (seperti nama organisasi dan sebagainya)
- tujuan lawatan
- tarikh dan masa lawatan
- pengecaman biomatriks dan wajah
- nota keselamatan (arahan khas dan sekatan akses)
- mana-mana bahan visual yang diambil atau dirakam oleh sistem kamera pengawasan (CCTV) kami atau
sistem
rakaman lain
Anda diwajibkan untuk memberikan data peribadi tersebut sekiranya anda memasuki
mana-mana premis kami atau menghadiri sebarang acara kami.
D. Untuk Pemohon, Calon dan Benefisiari
- maklumat kontak (seperti nama, alamat, alamat e-mel dan nombor telefon)
- maklumat pengenalan diri (seperti nombor kad pengenalan, nombor pasport, nombor pendaftaran cukai,
tarikh lahir dan sebarang maklumat pengenalan lain)
- maklumat demografi (seperti julat umur, status perkahwinan, jantina dan sebagainya)
- maklumat kewangan (seperti pendapatan ibu bapa, pendapatan benefisiari, nama dan nombor akaun bank
dan
sebagainya)
- maklumat pendidikan (seperti bidang pengajian, universiti, negara di mana anda belajar, skor dan
pencapaian akademik, pensijilan profesional dan sebagainya)
- maklumat pekerjaan (seperti nama majikan, alamat, alamat e-mel, nombor telefon, jawatan, tempoh
pekerjaan dan sebagainya)
- mana-mana gambar foto atau bahan visual video yang dihantar kepada Yayasan Axiata (seperti gambar
profil, serahan penyertaan peraduan dan sebagainya)
Data peribadi sensitif tambahan yang mungkin kami kumpulkan:
Data peribadi sensitif tambahan yang kami kumpul
Kami boleh, semasa keadaan krisis seperti peperangan, huru hara, bencana alam, krisis
kesihatan/wabak penyakit mengumpul:
- keadaan kesihatan dan fizikal
- keadaan kesihatan individu di dalam isi rumah anda
- keputusan ujian kesihatan anda, jika ada
- sama ada anda berada dalam pengasingan diri semasa anda tidak sihat
- suhu badan
Anda diwajibkan untuk memberikan data peribadi tambahan tersebut sekiranya anda memasuki
mana-mana premis kami atau menghadiri sebarang acara kami semasa krisis seperti tersebut.
Bilakah kami mengumpul data peribadi anda?
Kami mengumpul atau mendapatkan data peribadi anda:
A. Untuk Pelanggan Perniagaan
- apabila anda menggunakan rangkaian, produk dan/atau perkhidmatan kami (termasuk melalui pusat
panggilan,
wakil perniagaan dan saluran jualan kami)
- apabila anda menghubungi kami atau mendaftar maklumat berkaitan dengan rangkaian, produk dan/atau
perkhidmatan kami atau bagi apa-apa maksud lain
- apabila anda berkomunikasi dengan kami (seperti melalui panggilan telefon, pesanan text atau saluran
digital lain, e-mel, soal selidik atau hasil kajian)
- apabila anda menggunakan atau berinteraksi melalui mana-mana aplikasi digital kami, mengunjungi
mana-mana laman web atau halaman media sosial kami (maklumat berkenaan perkara ini diterangkan di
dalam
Notis Kuki kami)
- apabila anda mengambil bahagian dalam mana-mana majlis promosi, insentif atau program kesetiaan kami
- daripada agensi luar (seperti agensi rujukan kredit, agensi tapisan atau siasatan)
- daripada pengkalan data dalaman kami selaras dengan bentuk hubungan anda dengan mana-mana anak
syarikat,
sekutu atau syarikat bersekutu Axiata
B. Untuk Rakan Kongsi Perniagaan dan Pembekal
- apabila anda menggunakan rangkaian, produk dan/atau perkhidmatan kami
- apabila anda berhubung dengan kami (seperti melalui panggilan telefon, pesanan text atau saluran
digital
lain, e-mel, soal selidik atau hasil kajian)
- apabila anda menggunakan atau berinteraksi melalui mana-mana aplikasi digital kami, mengunjungi
mana-mana laman web atau halaman media sosial kami (maklumat berkenaan perkara ini diterangkan di
dalam
Notis Kuki kami)
- daripada agensi luar (seperti agensi rujukan kredit, agensi tapisan atau siasatan)
- daripada pengkalan data dalaman kami selaras dengan bentuk hubungan anda dengan mana-mana anak
syarikat,
sekutu atau syarikat bersekutu Axiata
C. Untuk Pelawat ke mana-mana Premis atau Acara Kami
- apabila anda menggunakan rangkaian, sistem dan/atau perkhidmatan kami
- apabila anda melengkapkan log pelawat atau menyerahkan borang kemasukan pelawat kami
- apabila anda memberikan kami dokumen pengenalan diri anda
- apabila anda memberi maklumat kepada hos anda
- daripada sistem kamera pengawasan (CCTV) kami atau sistem rakaman lain
D. Untuk Pemohon, Calon dan Benefisiari
- apabila anda menghantar permohonan secara dalam talian untuk mengambil bahagian dalam mana-mana
program
atau acara kami
- apabila anda menghubungi kami atau mendaftar untuk mendapatkan maklumat berkaitan dengan program
dan/atau perkhidmatan kami atau bagi apa-apa maksud yang lain
- apabila anda berkomunikasi dengan kami (seperti melalui SMS, pesanan text atau saluran digital lain,
e-mel, soal selidik atau hasil kajian)
- apabila anda menggunakan atau berinteraksi melalui mana-mana aplikasi digital kami, mengunjungi
mana-mana laman web atau halaman media sosial kami (maklumat berkenaan perkara ini diterangkan di
dalam
Notis Kuki kami)
- daripada agensi luar (seperti agensi pekerjaan, penganjur majlis, rakan kongsi perniagaan,
pengangkutan,
penginapan dan mana-mana pembekal program lain yang berkaitan)
- daripada pengkalan data dalaman kami selaras dengan bentuk hubungan anda dengan mana-mana syarikat,
sekutu atau syarikat bersekutu Axiata
- daripada sistem kamera pengawasan (CCTV) kami atau mana-mana system rakaman lain apabila anda hadir
secara fizikal di mana-mana premis atau acara kami
- daripada mana-mana gambar dan/atau penggambaran video program tersebut
Bagaimanakah kami menggunakan data peribadi anda?
Data peribadi anda boleh digunakan atau diproses bagi maksud:
A. Untuk Pelanggan Perniagaan
- membekalkan anda dengan produk, perkhidmatan dan/atau tawaran kami yang mungkin menarik minat anda
- memaklumkan anda mengenai faedah dan perubahan terhadap ciri-ciri produk dan perkhidmatan kami
- membekalkan anda dengan tawaran, kempen dan promosi terkini kami (jika anda melanggan untuk maklumat
terkini)
- menghantar kepada anda pesanan perkhidmatan mengenai langganan atau pendaftaran akaun kami
- menggunakan data anda bagi penyertaan dalam soal selidik pelanggan atau mesyuarat
- patuh di sisi undang-undang, kontraktual dan/atau obligasi regulatori
- melindungi atau melaksanakan perundangan kami, kontraktual dan/atau hak dan remedi regulatori
- menghantar kepada anda maklumat melalui penggilan telefon, pesanan text atau saluran digital lain,
e-mel
dan sebagainya atau media sosial mengenai produk dan perkhidmatan yang ditawarkan oleh pihak ketiga
terpilih yang boleh menarik minat anda
- bagi maksud sah yang lain
B. Untuk Rakan Kongsi Perniagaan dan Pembekal
- pelaksanaan perniagaan
- organisasi dan pengurusan perniagaan
- kesihatan, keselamatan dan sekuriti
- patuh di sisi undang-undang, kontraktual dan/atau obligasi regulatori
- melindungi atau melaksanakan perundangan, kontraktual dan/atau hak dan remedi regulatori kami
- melindungi aset dan kepentingan kami
- bagi maksud sah yang lain
C. Untuk Pelawat ke mana-mana Premis atau Acara Kami
- kesihatan, keselamatan dan jaminan
- membekalkan anda akses kepada rangkaian, sistem dan/atau perkhidmatan kami
- patuh di sisi undang-undang, kontraktual dan/atau obligasi regulatori
- melindungi atau melaksanakan perundangan kami, kontraktual dan/atau hak dan remedi regulatori
- bagi maksud sah yang lain
D. Untuk Pemohon, Calon dan Benefisiari
- untuk pemilihan permohonan secara dalam talian dan proses perekrutan
- memahami demografi peserta
- untuk perancangan logistik dan pelaksanaan program
- sebagai sebahagian daripada iklan dan/atau kemas kini umum pada sebarang platform media
- untuk pelepasan keselamatan di premis pihak ketiga
- patuh di sisi undang-undang, kontraktual dan/atau obligasi regulatori
- melindungi atau melaksanakan perundangan kami, kontraktual dan/atau hak dan remedi regulatori
- untuk penempatan latihan amali
- pendaftaran untuk program lanjutan (dalaman dan luaran)
- bagi maksud sah yang lain
Kepada siapakah kami mendedahkan data peribadi anda?
Kami boleh mendedahkan data peribadi anda:
A. Untuk Pelanggan Perniagaan
- kepada mana-mana anak syarikat, sekutu atau syarikat bersekutu Axiata
- kepada pembekal perkhidmatan dan/atau operator lain semasa membuat panggilan antarabangsa
- kepada pihak ketiga apabila pendedahan adalah perlu atau wajar untuk melindungi hak Axiata dan/atau
mana-mana anak syarikat, sekutu atau syarikat bersekutu Axiata, melindungi keselamatan anda,
menyiasat
penipuan atau memberi maklum balas terhadap permintaan penguatkuasa undang-undang
- kepada pembekal perkhidmatan kami, jurutera lapangan, kontraktor, subkontraktor, Sub-Pemproses
(didefinisi di bawah) atau mana-mana pihak ketiga yang menjalankan kerja bagi pihak kami atau atas
arahan Axiata dan/atau mana-mana anak syarikat, sekutu atau syarikat bersekutu Axiata
- kepada rakan kongsi perniagaan bagi aktiviti pemasaran kami
- kepada pihak ketiga bagi semakan kredit dan pengurusan penipuan
- kepada pihak ketiga bagi melaksanakan analitik untuk memahami bagaimana anda menggunakan
perkhidmatan
kami
- kepada pihak ketiga bagi maksud penyelidikan dan pembangunan
- kepada wakil jualan dan ejen Axiata dan/atau mana-mana anak syarikat, sekutu atau syarikat bersekutu
Axiata
- kepada pihak ketiga bagi maksud seperti yang diterangkan di bawah “Bagaimanakah kami menggunakan
data
peribadi anda?”
B. Untuk Rakan Kongsi Perniagaan dan Pembekal
- kepada mana-mana anak syarikat, sekutu atau syarikat bersekutu Axiata
- kepada ejen pihak ketiga, pembekal perkhidmatan, pakar runding, penasihat, kontraktor dan/atau
subkontraktor Axiata dan/atau mana-mana anak syarikat, sekutu atau syarikat bersekutu Axiata
- kepada mana-mana pihak yang dilantik oleh anda atau bagi pihak anda untuk memproses data peribadi
(“Sub-Pemproses”)
- kepada mana-mana pihak berkuasa awam, kerajaan, agensi regulatori atau fiskal di mana ianya adalah
perlu
untuk mematuhi obligasi undang-undang atau regulatori sepertimana yang Axiata dan/atau mana-mana
anak
syarikat, sekutu atau syarikat bersekutu Axiata tertakluk kepada atau seperti yang dibenarkan oleh
undang-undang tempatan yang digunakan
- kepada pihak ketiga bagi maksud seperti yang diterangkan di bawah “Bagaimanakah kami menggunakan
data
peribadi anda?”
C. Untuk Pelawat ke mana-mana Premis atau Acara Kami
Kami tidak mengongsi/memindahkan secara rutin data peribadi anda dengan mana-mana organisasi
luar atau pihak ketiga. Walau bagaimanapun, di mana dan bagaimana kami mengongsi/memindahkan data peribadi
anda,
ia mungkin:
- kepada mana-mana orang yang dikehendaki oleh undang-undang, kontrak, keperluan kerajaan atau
pengawal
selia untuk membuat pendedahan
- kepada kakitangan kami yang sah, ejen pihak ketiga atau penyedia perkhidmatan yang diperlukan untuk
memproses data peribadi anda
- kepada mana-mana penyedia perkhidmatan keselamatan dan kecemasan
- kepada pihak ketiga bagi maksud seperti yang diterangkan di bawah “Bagaimanakah kami menggunakan
data
peribadi anda?”
D. Untuk Pemohon, Calon dan Benefisiari
- kepada rakan kongsi logistik untuk perancangan dan pelaksanaan program
- kepada rakan kongsi perniagaan untuk simulasi dan cabaran perniagaan
- kepada agensi pengangkutan untuk urusan perjalanan
- kepada agensi insurans untuk perlindungan kemalangan perjalanan peribadi
- kepada pembekal perkhidmatan platform digital untuk pembelajaran secara dalam talian dan
perkembangan
diri
- kepada pembekal kreatif dan media sosial untuk penerbitan montaj program, bahan promosi, siri
televisyen, audio siar, kiriman media sosial dan sebagainya
- kepada mana-mana anak syarikat, sekutu atau syarikat bersekutu Axiata
- kepada pihak ketiga apabila pendedahan diperlukan atau wajar untuk melindungi hak kami, melindungi
keselamatan anda, menyiasat penipuan atau memberi maklum balas terhadap permintaan penguatkuasa
undang-undang
- kepada pihak ketiga untuk mengukur keberkesanan program kami
- kepada pihak ketiga bagi maksud seperti yang diterangkan di bawah “Bagaimanakah kami menggunakan
data
peribadi anda?”
Kami menggunakan usaha yang munasabah mengikut amalan terbaik industri bagi memastikan
bahawa perkara yang dinyatakan di atas mengekalkan kerahsiaan data peribadi anda dan dihadkan daripada
menggunakan data peribadi anda bagi apa-apa maksud yang tidak dibenarkan.
Pemindahan Data Peribadi
Kami mungkin memindahkan data peribadi anda merentasi sempadan geografi kepada entiti lain.
Dalam keadaan di mana data peribadi anda telah dipindahkan kepada ahli-ahli kumpulan syarikat kami dan/atau
kepada pihak ketiga yang di luar Malaysia, pemindahan data peribadi anda dilakukan melalui langkah-langkah
organisasi, kontraktual dan perundangan serta dengan tahap perlindungan yang mencukupi di samping apa-apa
keperluan undang-undang tempatan tambahan terhadap pihak yang menerima maklumat tersebut bagi maksud
melindungi
data peribadi anda.
Bagaimanakah kami menyimpan dan melindungi data peribadi anda?
Kami mungkin mengumpul dan menyimpan data peribadi anda dalam bentuk elektronik dan/atau
fizikal, bergantung kepada keperluan. Maklumat boleh disimpan dalam Sistem IT di premis kami atau pihak
ketiga
(contoh storan awan luaran, sistem pengurusan dalaman atau pihak ketiga, e-mel, pengkalan data, pemacu
keras),
gudang dokumen dan sebagainya.
Kami berusaha, jika berkenaan, untuk memproses data peribadi anda dalam persekitaran yang
selamat dengan cara menghalang apa-apa pemprosesan data peribadi tanpa izin atau menyalahi undang-undang
atau
kehilangan data secara tidak sengaja atau pemusnahan atau kerosakan terhadap maklumat itu. Kami telah
melaksanakan pelbagai pendekatan keselamatan secara fizikal, teknikal dan pentadbiran bagi melindungi data
peribadai anda dan rangkaian kami daripada akses tanpa izin. Sebahagian daripada pendekatan ini
termasuk:
- enkripsi data dalam transit atau tidak bergerak
- kepatuhan sepenuhnya terhadap amalan privasi dan keselamatan
- penilaian keselamatan dan penilaian secara berkala untuk mempertingkatkan amalan kami
- sekatan untuk mengakses data itu ke atas kakitangan yang mempunyai keperluan untuk mengetahui data
tersebut
Berapa lamakah kami menyimpan data peribadi anda?
Kami akan menyimpan data peribadi anda hanya selama maklumat itu diperlukan bagi tujuan data
peribadi itu dikumpul. Tempoh penyimpanan data peribadi juga ditentukan oleh keperluan undang-undang yang
diguna
pakai. Dalam semua kes maklumat boleh disimpan bagi tempoh yang lebih panjang di mana terdapat keperluan
undang-undang atau regulatori untuk berbuat demikian (oleh itu data tersebut akan dipadamkan apabila tidak
lagi
diperlukan untuk tujuan undang-undang atau regulatori) atau tempoh yang lebih pendek di mana individu
tersebut
membantah pemprosesan data peribadi mereka.
Apakah hak anda?
Kami menghormati hak dan privasi anda dengan mengambil langkah-langkah untuk memastikan
bahawa data peribadi anda tepat, lengkap, tidak mengelirukan dan terkini. Bagi maksud pengakuran terhadap
Akta
Perlindungan Data Peribadi 2010, kami menjamin bahawa:
- anda berhak untuk mengetahui apakah data peribadi yang kami ada mengenai anda
- anda berhak untuk meminta salinan data peribadi anda
- anda berhak untuk membetulkan data peribadi anda untuk memastikan ianya tepat, lengkap, tidak
mengelirukan dan terkini
- anda berhak untuk menarik balik kebenaran anda daripada kami terhadap pemprosesan data peribadi anda
- anda juga boleh meminta kami untuk menghadkan penggunaan data peribadi anda jika penggunaan tersebut
boleh mengakibatkan kerosakan atau kesusahan
- anda berhak untuk menghalang pemprosesan data peribadi anda bagi maksud pemasaran langsung.
Bagi melaksanakan hak anda, anda boleh menghubungi kami melalui maklumat di bahagian
‘Siapakah yang boleh saya hubungi untuk mendapatkan maklumat lanjut’ yang
diberikan di
bawah.
Anda boleh meminta kami supaya menghentikan komunikasi kami kepada anda dengan menghubungi
kami melalui maklumat kontak seperti dinyatakan di bawah. Pilihan-pilihan ini tidak berkaitan dengan
penerimaan
produk atau komunikasi perkhidmatan wajib yang dianggap sebagai sebahagian produk atau perkhidmatan Axiata
dan/atau mana-mana anak syarikat, sekutu atau syarikat bersekutu Axiata yang tertentu, yang anda terima
secara
berkala, kecuali anda membatalkan langganan terhadap produk atau perkhidmatan kami.
Penyediaan data peribadi secara sukarela dan wajib
Kecuali dinyatakan lain dalam Notis Privasi ini, penyediaan data peribadi anda adalah
sukarela. Sekiranya anda gagal memberikan data peribadi, ini boleh menyebabkan akibat yang dijelaskan dalam
bahagian berikut.
Akibat jika tidak memberikan data peribadi
Kami mungkin memerlukan kumpulan data peribadi tertentu mengenai anda dan kegagalan untuk
memberikan maklumat itu boleh:
- mengakibatkan kami menghalang kemasukan anda ke premis kami atau menyertai acara kami
- menyebabkan kami tidak dapat memproses permohonan anda dan/atau memberikan perkhidmatan kami
- menyebabkan kami tidak dapat memberi maklum balas kepada permintaan anda terhadap
produk/perkhidmatan
kami
- menghadkan atau menghalang akses kepada ciri-ciri dalam laman web/pautan laman web kami
- menyebabkan kami tidak dapat memaklumkan tentang maklumat terkini berkaitan apa-apa promosi atau
pelancaran perkhidmatan/produk kami
- menyebabkan anda tidak dapat menerima jemputan ke aktiviti promosi yang dianjurkan oleh kami
- menjejaskan secara negatif keupayaan kami untuk berkomunikasi dengan anda
- menyebabkan ketidakupayaan kami untuk mengikat kontrak dengan anda atau kaunterpart atau meneruskan
kontrak dengan anda atau kaunterpart
- menjejaskan secara negatif peluang anda untuk terpilih bagi mana-mana potensi pekerjaan, perjanjian
atau
latihan amali
Dengan menghantar data peribadi kepada kami, anda sedia maklum bahawa:
- Anda telah membaca dan memahami Notis Privasi ini dan bersetuju serta membenarkan
penggunaan, pemprosesan dan pemindahan data peribadi seperti dinyatakan di sini; dan
- Semua maklumat dan pernyataan yang diberikan adalah betul dan benar sepanjang pengetahuan anda dan
anda
tidak dengan sengaja meninggalkan apa-apa maklumat yang relevan yang mungkin boleh mendatangkan
kesan
buruk.
Siapakah yang boleh saya hubungi untuk mendapatkan maklumat lanjut?
Sekiranya anda mempunyai sebarang pertanyaan atau pertanyaan mengenai notis ini, amalan
pengendalian privasi dan maklumat kami atau ingin melaksanakan hak anda sebagai subjek data, sila
hubungi:
Pegawai Privasi Data
Pengemaskinian terhadap Notis Privasi
Kami mempunyai hak untuk meminda, mengubahsuai, mengubah atau mengemaskini Notis Privasi ini
dan Notis Kuki kami atas budi bicara kami dari semasa ke semasa, apabila diperlukan. Notis Privasi dan Notis
Kuki terkini yang diterbitkan hendaklah diguna pakai berbanding mana-mana versi terdahulunya. Anda
digalakkan
untuk menyemak Notis Privasi ini dan Notis Kuki dari semasa ke semasa supaya sentiasa maklum terhadap
sebarang
perubahan. Anda bersetuju untuk mematuhi terma-terma Notis Privasi dan Notis Kuki termasuk apa-apa
kelainan.
Notis Privasi ini dikemaskini kali terakhir pada 15 Ogos 2022.
LAMPIRAN A
- AXIATA GROUP BERHAD
- AXIATA FOUNDATION
- AXIATA SPV1 (LABUAN) LIMITED
- AXIATA SPV2 BERHAD
- AXIATA SPV4 SDN BHD
- AXIATA SPV5 (LABUAN) LIMITED
- AXIATA INVESTMENTS (SINGAPORE) LIMITED
- AXIATA INVESTMENTS (LABUAN) LIMITED
- AXIATA INVESTMENTS (INDONESIA) SDN BHD
- AXIATA (CAMBODIA) HOLDINGS LIMITED
- AXIATA INVESTMENTS (CAMBODIA) LIMITED
- AXIATA BUSINESS SERVICES SDN BHD
- XPAND INVESTMENTS (LABUAN) LIMITED
- AXIATA MANAGEMENT SERVICES SDN BHD